Lazimnya wanitalah yang akan terasa dan kecewa setiap kali gagal bercinta. Namun akhirnya ramai yang gagah mengatasinya dengan cara mereka sendiri.
Berikut adalah petua yang dikatakan mampu memulihkan semangat anda untuk meneruskan perjuangan hidup tanpa si dia.
1) Jangan menghubunginya lagi. Padamkan terus nombor telefonnya,dapatkan kad sim baru bagi memastikan dia tidak menelefon anda semula. Buatlah sesuatu yang berfaedah dan positif dalam mengisi masa.
2) Lakukan senaman seperti berjalan kaki,berenang mahupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di gimnasium.Selain menyegarkan minda, anda akan mendapat ramai kenalan baru.
3) Keluar saja dari rumah pada hujung minggu bersama keluarga atau sendirian. Ini boleh dilakukan dengan mengunjungi pameran, menonton wayang mahupun ke kompleks membeli-belah.Terperap di bilik akan membuat anda lebih sengsara apa lagi kalau memencilkan diri dari dunia luar.
4) Telefon sahabat dan keluarga terdekat juga adalah satu terapi yang baik.Apa lagi dikelilingi oleh mereka yang mengambil berat mengenai diri dan membuat anda berasa selesa.
5) Hias semula bilik tidur dengan susun atur yang berbeza termasuk menyimpan segala benda yang boleh mengingati si dia semula. Bekerja dengan lebih tekun agar minda sentiasa bekerja dan tidak hanya memikirkan kekasih lama.
No comments:
Post a Comment